Tuesday 1 October 2013

selamat pagi...ngantuk ouhhh...tekak xsedap..mcm nk batuk..nk selsema..
geng plak xde pagi ni....ting tong aihh...


     ~~~~~~~ kasi cerah biji mata~~~~~~

@@ Amalkan teknik pernafasan betul. Tarik nafas dalam-dalam (hingga terasa udara masuk ke dalam perut), tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 10 kali. Apabila dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. Akibatnya kurang oksigen dibawa masuk ke dalam badan yang membuatkan kita berasa cepat letih.

@@ Senyum dan lakukan perkara baik. Senyuman bukan saja membuat orang berasa senang, tetapi ia juga mententeramkan perasaan kita. Selain itu, lakukan perkara baik dengan membantu orang lain. Peluang untuk berbuat baik sentiasa ada di keliling keliling kita, terpulang kepada anda sama ada mahu memanfaatkannya.  SENYUM SOKMO LAHHH

@@ Kurangkan penggunaan televisyen dan komputer selepas jam 8 malam. Malam adalah waktu untuk anda berehat. Cahaya televisyen dan komputer menyebabkan anda lebih sukar tidur dan berehat...XYAH berPESBUK ngat ehh..

@@  Belajar menangani tekanan. Jika ada masalah, usah pendam sendirian. Luahkan kepada orang yang anda percaya dan boleh menyimpan rahsia. Jika anda sukar meluahkan perasaan dengan kata-kata, curahkan masalah anda di atas kertas. Ini juga sebahagian daripada terapi untuk mengurangkan tekanan.

@@ Dapat rehat secukupnya. Pastikan anda mendapat cukup tidur yang berkualiti. Jika di tempat kerja, berhenti rehat seketika setiap jam dengan bangun dari tempat duduk untuk mengurangkan tekanan pada sesetengah anggota badan...rajin2 la g jlan kt meja kawan2 tu..hee..

@@  Bersenam. Ini adalah cara efektif untuk mengembalikan tenaga. Ramai bertanya kalau sudah letih bagaimana mahu bersenam? Rahsianya, apabila anda bersenam, badan mengeluarkan tenaga daripada lemak yang disimpan dan ia secara tidak langsung membuat anda berasa lebih segar, fikiran tenang serta mudah tidur pada waktu malam........ mlm2 workout okeh...


                     
da lame nk mkn benda kiut nih..
pity me...sobs..sobs...sobs..




No comments:

Post a Comment